Monday 31 May 2021

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

             Selamat datang dan ribuan terima kasih kepada anda kerana sudi melawat Portal rasmi Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Muar bagi mendapatkan maklumat dan rujukan. Portal ini diwujud bertujuan memberi maklumat terkini berkaitan aktiviti dan program yang dijalankan oleh jabatan serta ilmu pengetahuan yang boleh dikongsikan berkaitan pembangunan dalam sektor ternakan. Dalam arus pembangunan yang kian mencabar pertanian merupakan salah satu penyumbang utama negara terutama dalam merialisasi ‘bank makanan negara’. Kita sedia maklum bahawa Kementerian Pertanian kita ini memainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan negara. Sumbangan pertanian, khususnya sektor agromakanan kepada ekonomi dapat dilihat apabila berjaya mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang positif pada suku ketiga tahun 2020 sebanyak 1.1% walaupun KDNK negara secara keseluruhannya menguncup berikutan ketidaktentuan ekonomi akibat pandemik COVID-19 yang kita hadapi ini. Maka, selaras tema  ‘Pertanian Menjana Ekonomi Dan Memartabatkan Sekuriti Makanan Negara’ adalah manifestasi peranan MAFI sebagai penjamin bekalan makanan negara supaya sentiasa mencukupi dan tersedia kepada semua rakyat Malaysia.

                Dengan keberadaan penyakit yang baru rentas sempadan adalah menjadi satu cabaran dan tanggungjawab yang besar pada jabatan dalam menjalankan amanah yang diberikan bagi memastikan kelangsungan bekalan makanan mencukupi dengan kadar harga yang mampu milik disamping mengekalkan keadaan alam sekitar yang lestari. Pelbagai program-program dan bantuan serta insentif diberikan bagi memastikan ianya dapat dilaksanakan dengan berkesan dan menyeluruh dengan mengambil kira keperluan semasa pengusaha serta memastikan mereka dapat bertahan dalam suasana yang tidak menentu.
                 

Bagi merialisasikan misi tesebut, pelbagai rintangan dan cabaran yang perlu ditempuhi oleh pihak pentadbiran pejabat namun dengan kerjasama yang erat dikalangan anggota pejabat ianya dapat dilaksanakan dengan cara berkhemah. Antara aktiviti yang dijalankan meliputi konsultasi kepada penternak dan bakal usahawan sama ada secara terus dilapangan atau hadir ke pejabat, memberikan khidmat saringan penyakit dan kawalan pergerakkan ternakan dengan bantuan dan jaringan usaha sama penguatkuasa veterinar, perlesenan ladang-ladang unggas serta khidmat pusat rawatan haiwan berjadual sebagai perkhidmatan tambahan.

                 Semoga dengan tersedianya laman Portal ini dapat membantu memberi maklumat terkini dan tepat yang diperlukan oleh orang ramai berkaitan aktiviti semasa pejabat seterusnya dapat membantu pengusaha dalam  menjalankan aktiviti seharian dan memupuk orang ramai yang berminat dalam bidang usaha ternakan dan hasilan ternakan.
 
Tn. HJ. BORHAN BIN ALIAS
Pegawai Perkhidmatan Veterinar 
Daerah Muar



Sebarang maklumat yang dipamerkan merupakan Hak Cipta Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Muar. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab diatas sebrarang masalah yang timbul daripada tindakan oleh pihak kedua. Anda dinasihati untuk merujuk terus kepada kami untuk maklumat tambahan atau boleh terus hubungi kami ditalian 06-9521058 atau email kami di pvdmuar@johor.gov.my