Tuesday 30 April 2019


PERMIT PERMINDAHAN TERNAKAN

1.    Tarikh permohonan permit sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga (3) hari dalam waktu bekerja daripada tarikh permohonan ternakan hendak dipindahkan.
2.    Tempoh masa sahlaku permit hanya sekali untuk satu (1) perjalanan  sahaja mengikut pada tarikh yang dinyatakan dalam Akuan Kebenaran Pindah
3.    Perlu menyatakan tarikh dan lokasi penerima ternakan serta maklumat pengeluar ternakan termasuk ID Premis dengan jelas.
4.    Permohonan Permit pemindahan ke luar negeri hanya akan dikeluarkan setelah mendapat kebenaran masuk/terima daripada Negeri penerima ternakan.
5.    Permohonan melibatkan luar negeri perlu mengisi borang deklarasi  ladang semasa      membuat permohonan

SYARAT PADA TERNAKAN YANG DIPINDAHKAN

Setiap ekor ternakan yang hendaklah dipindah dikehendaki:
1.    Telah mendapat suntikan vaksin FMD (P1 dan P2) mengikut jadual dan telah disahkan oleh doktor veterinar.
2.    Mempunyai tanda pengenalan ternakan yang jelas serta dikepilkan/sertakan bersama borang permohonan Akuan Kebenaran Pindah Ternakan [PVDM/PAPT(1)].
3.    Mendapat pengesahan Pegawai Veterinar Daerah pengeluar/penerima ternakan ATAU wakil yang diberi kuasa sebelum dan selepas pemindahan dilakukan.
4.    Telah menjalani ujian saringan penyakit dan telah disahkan sihat dan bebas daripada sebarang penyakit seperti kuku dan mulut (FMD), brucellosis, tuberculosis dan heamorrhagic septiceamia (HS) oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.


PERMINDAHAN TERNAKAN BAGI TUJUAN PENYEMBELIHAN;


1.    Hanya dibenarkan di Rumah Sembelih yang dibenarkan oleh Jabatan sahaja.
2.    Jika ternakan yang hendak disembelih itu betina perlu mendapat pengesahan daripada Doktor Veterinar yang bertauliah oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
3.    Bagi tujuan penyembelihan diluar kawasan Rumah Sembelih selain yang digazetkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar perlu mendapat kebenaran yang disahkan oleh Pengarah Perkhidmatan Veterinar.
4.    Bagi ternakan yang telah dipindahkan ke Rumah Sembelih (dibenarkan oleh Jabatan) hendaklah   disembelih tidak melebihi 30 hari. Jika penyimpanan melebihi 30hari  perlu  mendapat kebenaran khas daripada Pengarah Veterinar Negeri.
5.    Lori yang digunakan bagi tujuan pemindahan perlu di ‘Seal pada bahagian kenderaan yang kehendaki. (sila rujuk kaunter jika ada pertanyaan)
6.    Kegagalan pihak tuan untuk mematuhi syarat-syarat diatas boleh menyebabkan permohonan permit tuan DITOLAK.


Categories: , ,


Sebarang maklumat yang dipamerkan merupakan Hak Cipta Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Muar. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab diatas sebrarang masalah yang timbul daripada tindakan oleh pihak kedua. Anda dinasihati untuk merujuk terus kepada kami untuk maklumat tambahan atau boleh terus hubungi kami ditalian 06-9521058 atau email kami di pvdmuar@johor.gov.my