by http://pvdmuar.blogspot.com/ on 00:15
Salah satu cabang dalam pembangunan
industri ternakan adalah perlesenan ladang unggas.ini dilaksanakan
dengan memastikan kesemua ladang ternakan unggas dikehendaki mendapatkan lesen
terlebih dahulu sebelum menjalankan sesuatu aktiviti berkaitan unggas. Pemegang
lesen unggas atau pihak ladang tertakluk dibawah ‘Enekmen Penternakan Unggas
1997’ negeri Johor. Ladang-ladang ternakan
unggas di Daerah Muar akan diperiksa secara berjadual oleh bahagian regulatori
dimana setiap ladang diperiksa sekurang-kurang sekali dalam setahun agar semua
ladang akur serta mematuhi peratuan yang telah ditetapkan dalam ‘enakmen memelihara
unggas 1997’.
Didalam
daerah muar sahaja terdapat 50 buah ladang yang dibahagikan kepada 5gred
iaitu Gred A, Gred B, Gred C, Gred D dan Gred E. erdapat
peningkatan ketara peratus (%) gred ladang daripada gred d kepada gred C pada
tahun 2018 berbanding dengan tahun 2017. Ini adalah kerana pemeriksaan yang
ketat secara berkala dilakukan oleh Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Muar
keatas ladang-ladang unggas sekitar Daerah Muar bagi membendung atau mengawal
ladang- ladang unggas yang sering menimbulkan aduan kacau ganggu ke atas
orang awam. Selain daripada itu Pejabat Perkhidmatan Veterinar Muar juga
sering mengadakan seminar kesedaran keatas pengusaha yang menjalankan aktiviti
unggas bagi menggalakan daya usaha penternakan yang lebih produktiv dan mesra
alam. Penerapan sistem teknolgi terkini juga membantu pengusaha ladang
unggas ini dalam menjalankan pengurusan ladang yang lebih cekap serta efisyen
selain mengurangkan aduan awam dan kacau ganggu kepada penduduk setempat
Selain daripada itu Pejabat Perkhidmatan Veterinar Muar juga
sering mengadakan seminar kesedaran keatas pengusaha yang menjalankan aktiviti
unggas bagi menggalakan daya usaha penternakan yang lebih produktiv dan mesra
alam. Penerapan sistem teknolgi terkini juga membantu pengusaha ladang
unggas ini dalam menjalankan pengurusan ladang yang lebih cekap serta efisyen
selain mengurangkan aduan awam dan kacau ganggu kepada penduduk setempat
http://pvdmuar.blogspot.com/
Sebarang maklumat yang dipamerkan merupakan Hak Cipta Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Muar. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab diatas sebrarang masalah yang timbul daripada tindakan oleh pihak kedua. Anda dinasihati untuk merujuk terus kepada kami untuk maklumat tambahan atau boleh terus hubungi kami ditalian 06-9521058 atau email kami di pvdmuar@johor.gov.my