Sunday 29 March 2020


APA ITU USAHAWAN
Usahawan pula merupakan individu yang mengusahakan sesuatu perniagaan sehingga berjaya dengan motif memperoleh keuntungan di samping mengamalkan amalan-amalan yang strategik untuk terus berjaya dan mampu melihat dan menilai peluang-peluang perniagaan, menggabungkan keperluan sumber-sumber untuk mengambil peluang serta mengambil tindakan bersesuaian demi memastikan kejayaan. Kamus Webster’s New World menyatakan usahawan ialah seseorang yang mengorganisasi dan mengurus pengambilalihan, mengandaikan risiko demi keuntungan.


KONSEP DAN BANTUAN KEUSAWANAN
Pelbagai bentuk bantuan dan perkhidmatan yang diberikan oleh pihak jabatan dalam mengangkat pengusaha ternakan sedia ada ke aras lebih baik dalam melangsungkan aktiviti mereka agar lebih proaktif dan lebih stabil. Antaranya bantuan dan perkhidmatan diberikan dalam bentuk;

a)   Khidmat nasihat atau runding cara dalam memajukan sistem ternakan sedia  ada kepada lebih baik.
b) Menganjurkan kursus atau seminar yang berkaitan dengan pengurusan ternakan mahu pun berkaitan perniagaan.
c)   Bantuan atau skim pelbagai merangkumi ternakan, peralatan ternakan dan   apa-apa jua fasiliti berdasarkan keperluan semasa.

Dengan adanya bantuan yang telah diberikan oleh jabatan dapat membantu pengusaha ternakan sama ada yang sedia ada mahu pun yang baru ingin menceburi bidang ternakan. Jelasnya matlamat jabatan ialah menghasilkan penternak yang berdaya maju serta mewujudkan peluang perkerjaan dan perniagaan serta meningkat mutu dan qualiti ternakan itu sendiri dimasa hadapan.



Sebarang maklumat yang dipamerkan merupakan Hak Cipta Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Muar. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab diatas sebrarang masalah yang timbul daripada tindakan oleh pihak kedua. Anda dinasihati untuk merujuk terus kepada kami untuk maklumat tambahan atau boleh terus hubungi kami ditalian 06-9521058 atau email kami di pvdmuar@johor.gov.my