Bagi mereka yang berminat untuk menjalankan
bidang usaha penternakan lembu pedaging terdapat perkara asas perlu
dipertimbangkan bagi menjadikan penternakan tersebut berjalan lancar dan
bertahan lama. terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan oleh
pengusaha antaranya;
1. Kemudahan Kandang
2. Peralatan Pagar Elektrik (jika ternakan meragut
dikawasan ragutan)
3. Bekas minuman dan makanan.
4. Persediaan tenaga kerja bagi ternakan yang mempunyai
kadar populasi yang banyak
5. Kenderaan yang digunakan untuk mengangkut rumput (jika
sistem fidlot)
1. Kemudahan Kandang
Terdapat 2 jenis kandang yang digunakan
dalam sistem penternakan iaitu
a. Kandang Tetap
b. Kandang Bergerak/mudah alih
a. Kandang Tetap
Penternak perlulah bijak dalam memilih lokasi bagi
menempat kadang mereka. Kerana ini akan mempengaruhi keadaan ternakan pada masa
akan datang. Kandang ini biasanya menempatkan lembu fidlot yang dikurang serta
makanan diberi dengan cara potong dan angkut Sebuah kadang
yang baik perlu mempunyai sistem saliran baik dan berdekatan dengan Jalan
penghubung serta jauh daripada kawasan banjir. Bahan binaan yang digunakan
untuk mendirikan kadang hendaklah terdiri daripada bahan-bahan yang kukuh dan
tahan bagi menjamin kadang tersebut berkadaan baik. Ukuran yang baik bagi
sebuah kadang adalah bersaiz 120 kaki X 80 Kaki bagi menempatkan 100 ekor
induk. Ini adalah penting bagi menjamin keselesaan ternakan akan tidak sentiasa
dalam keadaan stress. Saiz sesebuah kadang akan berubah mengikut jenis baka
ternakan yang akan dipelihara kerana setiap baka mempunyai kadar saiz badan
yang berbeza-beza. Selain daripada itu juga, keperluan seperti travis perlu
disediakan bagi kemudahan pemindahan ternakan.
b. Kandang Bergerak/Mudah Alih
![]() |
| Staff jabatan bersama pengusaha memasang pasung ternakan bagi mengekang ternakan |
ii. Clyclone Wire ( A17/1900/150 Tigh Lock)
iii. 25 Batang kayu yang kukuh atau pagar batu
berukuran 3" X 3" dan tali secukunya
2. Peralatan Pagar Elektrik (jika ternakan
meragut dikawasan ragutan)
Pagar Elektrik merupakan salah keperluan penting pada
masa sekarang.
Ianya dapat mengurangkan penggunaan tenaga buruh serta
menjimatkan masa disamping membantu mengekang ternakan didalam sesebuah kawasan
berbanding kaedah yang lama iaitu menghalau serta mengikat ternakan ke pokok.
Antara peralatan yang digunakan dalam pagar eletrik adalah seperti;
i. Polywire
iv. Beteri 12volt (N70)
ii. Digital Volt Meter
v. Penggulung Polywire
iii. Tiang
vi. Energizer
i. Polywire
ii. Digital Volt Meter
Digital Volt Meter atau dikenali sebagai pembaca arus
bertujuan untuk mengukur arus yang terdapat pada beteri dan polywire. Ini
membantu pengusaha untuk mengetahui sama ada ianya perlu dicas semula sama atau
masih boleh digunakan.
iii. Tiang
Tiang digunakan sebagai menahan atau memegang polywire
supaya berada diatas tanah. Kebiasaannya ketinggian tiang adalah satu (1) meter
daripada tahan dan dililit dengan getah atau plastik tebal. Ia bertujuan bagi
mengelakan pengaliran arus ke tanah dan menyebabkan kebocoran elektrik serta
menyebabkan pembaziran tenaga elektrik. Bahan yang digunakan sebagai tiang
seperti tiang besi berukuran 0.3" atau kayu yang kukuh dan hampir sama
saiz dengannya.
iv. Beteri 12Volt (N70)
Beteri ini digunakan bagi menyimpan elektrik dalam tempoh
masa yang lama dan disambungkan kepada Enegizer. Terdapat dua (3) cara bagi
mengisi tenaga elektrik pada beteri iaitu;
. Elektrik daripada TNB
. Generator yang mempunyai sumber berpadanan
. Sumber kuasa solar
v. Penggulung Polywire
Penggulung polywire ini digunakan untuk menggulung atau
menempatkan polywire agar tidak berserabut atau kusut. Ini memudahkan mereka
yang akan memindahkan ternakan dengan memasang dan menyimpannya.
vi. Energizer
Energizer adalah alat yang digunakan dalam menyalurkan
tenaga eletrik ke polywire secara berulang alik. Pelbagai jenis enerziger yang
ditawarkan di pasaran. Harganya pula adalah berdasarkan ketahanan, jenama
jumlah kapasiti volt yang dibekalkan dan kemudahan yang ditawarkan oleh alat tersebut.
3. Bekas Makanan Dan Minuman
Bekas makanan dan minuman adalah salah satu instrumen
penting dalam menghasilkan ternakan yang baik dan sihat. Ini kerana
kemudahan makanan dan minuman yang lengkap membantu menyediakan makanan dan
minuman agar sentiasa terjamin. Pemilihan bekas makanan dan minuman yang
mengikuti/menepati spesifikasi minima mengikut bersesuaian dengan populasi
ternakan sedia dan dalam berkeadaan baik dan mencukupi bagi menampung bekalan
dalam satu-satu masa.
4. Kemudahan Tenaga Kerja.
Tenaga juga memainkan peranan yang amat penting bagi
membantu aktiviti penternakan agar berjalan dengan lebih lancar. Penggunaan
tenaga buruh ini bergantung kepada jumlah populasi yang ada di mana bagi 50
ekor induk memerlukan seorang pekerja bagi membantu proses memberi makan dan
aktiviti yang lain. Cara penyediaan ini boleh dilakukan dengan melawat ladang
intergrasi yang berjaya atau menghadiri kursus yang disediakan oleh jabatan kerajaan
atau mana syarikat/agensi yang diiktiraf oleh jabatan.
5. Kemudahan pengangkutan/ kenderaan
Penggunaan kemudahan kenderaan didalam ladang amatlah
penting terutama membabitkan pengangkutan rumput dan sumber ternakan yang lain.
Dalam sistem fidlot kenderaan biasa yang pastinya digunakan untuk mengangkut
makanan di mana rumput diberikan secara 'potong dan angkut' dan diberi makanan
secara terus atau diracik dengan menggunakan mesin chopper sebelum diberikan
kepada ternakan. Bagi ternakan yang mengamalkan sistem intergrasi/lepas bebas
pula, penggunaan kenderaan pula amat penting bagi membantu menyediakan sumber
air dengan cara mengangkut tangki air bergerak bagi kemudahan minuman ternakan.
Dengan cukupnya air untuk ternakan, terutama dalam musim kemarau.

