APA ITU INDUSTRI IKS ?
|
|
Industri
Kecil & Sederhana (IKS) terdiri daripada golongan pengusaha dan usahawan
yang menjalankan secara berkongsi atau berkumpulan mengikut kriteria yang
ditakrifkan dengan jumlah pekerja dan jumlah pendapatan tahunan. Golongan ini
mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang tertentu dan menjalankan
perniagaan secara biasa iaitu bagaimana untuk mendapatkan hasil yang lumayan
bagi penjualan produk atau perkhidmatan mereka.
|
|
1.
|
Mengeluarkan hampir semua barang pengguna, barang
sokongan industri besar dan yang tidak dapat dikeluarkan oleh industri besar
seperti sektor pembuatan makanan.
|
2.
|
Organisasi mudah, diasaskan oleh keluarga dan pekerja
adalah ahli keluarga dan penduduk setempat/jiran
|
3.
|
Modal terhad menyebabkan penggunaan kaedah intensif
buruh. MARA dan MIDF memberi bantuan modal kerana kesukaran bantuan kredit
daripada institusi kewangan.
|
4.
|
Terletak di merata tempat dan kurang bergantung kepada
kemudahan infrastruktur.
|
5.
|
Keluaran tidak menggunakan teknologi tinggi, menggunakan mesin terpakai
untuk menjimatkan kos.
|
Dalam
memantapkan industri IKS dari sumber ternakan pelbagai insentif dan sokongan
yang diberikan antaranya khidmat nasihat dan runding cara, bekalan peralatan
untuk IKS dan juga pemantauan berterusan kepada pengusaha yang mempunyai
potensi untuk dimajukan. Dengan adanya pengusaha yang berketrampilan ini
diharap dapat membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan membuka
peluang meneroka pasaran baru.
Sebaran
maklumbalas dan pertanyaan boleh hubungi ;
UNIT LATIHAN / USAHAWAN / ANEKA HAIWAN
Pejabat Perkhidmatan
Veterinar Daerah Muar
Jalan Ismail
84000, Muar,
Johor
Atau Hubungi Ke Nombor
Tel :
06-9521058
Faks :
06-9530166
ATAU emel terus kepada kami
di alamat ;
Emel : pvdmuar@johor.gov.my
“Ke arah penternakan yang mampan dan berdaya maju
matlamat kami”
|
Monday, 30 March 2020
by http://pvdmuar.blogspot.com/ on 07:42
http://pvdmuar.blogspot.com/
Sebarang maklumat yang dipamerkan merupakan Hak Cipta Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Muar. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab diatas sebrarang masalah yang timbul daripada tindakan oleh pihak kedua. Anda dinasihati untuk merujuk terus kepada kami untuk maklumat tambahan atau boleh terus hubungi kami ditalian 06-9521058 atau email kami di pvdmuar@johor.gov.my