Friday 5 April 2019



Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Muar atau dahulunya dikenali sebagai Pejabat Perkhidmatan Haiwan Daerah Muar telah mula beroperasi pada sekitar tahun 1930-an. Pejabat ini telah pun dikelolakan oleh seorang yang berpangkat Veterinary Inspector atau pun seorang Pegawai Haiwan diketika itu bernama En. Gopal. Pelbagai perkhidmatan diperkenalkan di masa tersebut seperti pemeriksaan daging serta kawalan pergerakan ternakan. Hanya berbekalkan seorang buruh sahaja yang ada serta dengan ketiadaan kemudahan kenderaan di ketika itu tidak menghalang segala aktiviti seharian walaupun terpaksa menggunakan kenderaan persendirian demi menjalankan tugas yang digalas.

 

Semua perkhidmatan yang dijalankan tertumpu diketika itu berpusat di sebuah bangunan di tepi Sungai Muar.  Pada tahun 1958 yang pejabat telah dipindahkan ke satu kawasan yang baru terletak di Jalan Abdul Rahman dengan Jalan Joned sehingga tahun 1960. Selepas tahun tersebut sekali lagi Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Muar telah berpindah semula ke lokasi yang baru yang kini terletak di Jalan Ismail serta masih kekal digunakan sehingga sekarang.

 

Pada tahun 1940-an, Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Muar telah diberikan penambahbaik dan ditadbir oleh seorang Penolong Pegawai Haiwan dibantu oleh seorang peon, seorang buruh dan seorang kerani. Walaupun mengalami kekurang kemudahan berbanding jabatan yang lain, segala aktiviti yang dijalankan sering mendapat pujian daripada pelanggan dan penduduk setempat. Walaupun pekerja yang ada yang terpaksa berbasikal jauh namun amat bersemangat untuk memberi dan memenuhi kehendak pelanggan dalam memberi rawatan, suntikan kepada haiwan serta khidmat nasihat runding cara. Aktiviti ini dapat dijalankan dengan baik walaupun tiada kemudahan seperti sekarang seperti landrover atau seumpamanya  diketika itu. Namum ianya menjadikan anggota diwaktu tersebut lebih berdisplin dan berinovatif terutama pekhidmatan yang dijalankan diketika itu memerlukan masa yang panjang memandangkan jarak perjalanan ke lokasi pelanggan adalah jauh.

 

Antara pekerja-pekerja terawal yang telah menabur bukti menyumbangkan bakti pada Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Muar ketika itu adalah seperti En. Abbas Bin Bujal yang berkhidmat sebagai peon diketika itu, En. S. Veramutu sebagai pengawal keselamatan, Tn. Hj. Walid Bin Ali sebagai kerani. Sementara itu, ketua pejabat yang pernah memberikan perkhidmatan di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Muar adalah seperti berikut.

 

 

BIL

NAMA PEGAWAI

TEMPOH BERKHIDMAT

1

En. Gopal

1930 - 1938

2

En. N. Birchee

1938 - 1946

3

En. Sundy Tan

1946 - 1955

4

En. Yacob Bin Hj. Ali

1955 – 1957

5

En. Chia Phee Tatt

1957 - 1976

6

En. Wahab Bin Hj. Hashim

1976 – 1977

7

Tn. Hj. Ibrahim Bin Mahmood

1977 – 1994

8

Tn. Hj. Ahmad Bin Delip

1994 – 1988

9

Tn. Hj. Borhan Bin Alias

1998 – 2009

10

En. Zamari Bin Mohd Amin

2009 – 2015

11

Tn. Hj. Ahmad Azam Bin Yamen

2015 – 2021

12

Tn. Hj. Borhan Bin Alias

2021 hingga sekarang

 

 

 

Pada waktu penubuhan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Muar kawasan perkhidmatan yang diberikan merangkumi sekitar kawasan Muar dan Tangkak sehingga pada tahun 2009 bahawa Tangkak diistiharkan sebagai sebuah daerah dinamakan Daerah ledang dan terpisah daripada Daerah Muar serta mempunyai pentadbiranya sendiri. Kini Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Muar telah melebarkan perkhidmatan dan aktivitinya merangkumi pembangunan ternakan ruminan seperti lembu, kerbau, kambing dan bebiri dan bagi bukan ruminan pula seperti babi, ayam, puyuh dan lain-lain. Selain daripada pada itu, perkhidmatan tambahan yang diberikan bagi membantu pencinta haiwan pula adalah menubuhkan Pusat Rawatan Haiwan berjadual adalah bertujuan memberikan perkhidmatan rawatan kepada pelanggan yang mempunyai haiwan kesayangan.

 

 

*Kredit dan terima kasih atas jasa dan sumbangan pegawai dan staff yang pernah berkhidmat di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Muar. Jasa anda amat kami hargai*


Sebarang maklumat yang dipamerkan merupakan Hak Cipta Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Muar. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab diatas sebrarang masalah yang timbul daripada tindakan oleh pihak kedua. Anda dinasihati untuk merujuk terus kepada kami untuk maklumat tambahan atau boleh terus hubungi kami ditalian 06-9521058 atau email kami di pvdmuar@johor.gov.my