![]() |
Pengambilan Sampel Daripada Ternakan Bagi Menentu Sah Kehadiran Penyakit |
1.0
PENGENALAN APA ITU SURVELAN TERNAKAN
Jabatan
Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan
survelan dalam melaksanakan fungsinya sebagai pihak berkuasa veterinar
diiktiraf untuk mengeluarkan persijilan veterinar antarabangsa. Penguasa veterinar
perlu mampu untuk mengesah dan melaporkan status sanitari ke atas haiwan di
bawah mandatnya. Bahagian III Perkara 647 dari Akta Haiwan 1953 (semakan 2006)
memperkenalkan langkah untuk kawalan penyakit haiwan untuk diterapkan dalam
pencegahan, kawalan dan pembasmian wabak penyakit haiwan. DVS setiap tahun
telah melaksanakan tinjauan untuk beberapa penyakit haiwan dengan menghantar
laporan survelan bulanan dan menyediakan tindakan pencegahan tertentu yang
berkaitan dengan pengawasan dan pengesanan awal sesuatu penyakit. Sementara
itu, panduan telah dikeluarkan kepada pihak berkuasa veterinar bagi Pengurusan
Indeks Penyakit Haiwan.
2.0
OBJEKTIF
Survelan untuk penyakit haiwan bertujuan:
2.1 Menentukan status Penyakit Wajib Lapor dalam Negara.
2.2 Mewujudkan sistem survelan penyakit; bermula dari pengesanan
awal dan pengesahannya.
2.3 Mengesan penyakit jangkitan sub-klinikal pada
populasi haiwan yang disasarkan pada risiko tertentu.
2.4 Menetukan status bebas dalam kepungan, zon, negeri
atau negara dari jangkitan sesuatu penyakit haiwan dalam rangka perdagangan
antarabangsa. 2 Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia Survelan Untuk
Penyakit Haiwan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia .
3.0
SKOP APTVM
Survelan
untuk Penyakit Haiwan terdiri dari dua bahagian mengandungi arahan dan prosedur
yang meliputi pelaporan wajib lapor, sistem amaran awal, survelan aktif dan
pasif, sistem maklumat penyakit, pengurusan indeks penyakit dan pengisytiharaan
bebas penyakit.
4.0
DEFINISI DAN AKTIVITI TERLIBAT
4.1 Bancian Cerapan
data dan maklumat melibatkan ternakan keseluruhan populasi.
4.2 Haiwan Segala
jenis binatang termasuk unggas.
4.3 Kepungan
Bermaksud kelompok haiwan yang terdapat di dalam sesuatu atau beberapa premis
dengan sistem pengurusan biosekuriti yang sama, yang mempunyai taraf kesihatan
yang jelas (dan nyata) tentang sesuatu penyakit atau penyakit-penyakit khusus,
dan yang memerlukan atau dikenakan langkah/tindakan survelan, kawalan dan
biosekuriti yang tujuan perdagangan.
5.0 PIHAK BERKUASA VETERINAR
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia adalah pihak
berkuasa veterinar yang bertanggungjawab dan kompeten dalam mempastikan atau
menyelaras pelaksanaan program berkaitan dengan kesihatan haiwan. 4 Jabatan
Perkhidmatan Veterinar, Malaysia Survelan Untuk Penyakit Haiwan Jabatan
Perkhidmatan Veterinar, Malaysia Ketua Pengarah (KP), Timbalan Ketua Pengarah
(TKP) dan Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri-Negeri, Pegawai Veterinar (PV,
Veterinawan) dan Penolong Pegawai Veterinar dan mana-mana orang yang di lantik
oleh KP, TKP dan PPVN sebagai Pihak Berkuasa Veterinar dibawah Seksyen 3, Akta
Binatang 1953.