PET PASSPORT yang dikenali
sebagai Kad Pengenalan Haiwan Malaysia yang merupakan satu
dokumen rasmi Kerajaan Malaysia dan ia dikeluarkan hanya setelah haiwan
kesayangan didaftarkan melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar atau veterinawan
yang bertauliah (VB) berdaftar. Di negara – negara maju seperti United States,
Canada dan Europian Union Pet Passport menjadi satu kemestian sekiranya
mereka ingin membawa masuk atau keluar haiwan kesayangan mereka.Di Malaysia, Pet Passport dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Haiwan 1953 (Semakan 2006). Pada ketika ini, projek ini hanya memfokuskan pendaftaran haiwan kesayangan seperti kucing, anjing dan kuda. Manakala Sistem Pendaftaran Pet Passport pula merupakan sistem pengkalan data kebangsaan di bawah Projek Malaysian Animal Traceability System (MATs).
HAIWAN YANG BOLEH DIDAFTARKAN?
Kucing, Anjing, Arnab, Kuda
APAKAH FAEDAH DIPEROLEH MELALUI PENDAFTARAN PET PASSPORT?
Pemilik haiwan yang mendaftar haiwan mereka melalui Pet Passport akan
peroleh faedah seperti
berikut;
a)
Mudah mengesan haiwan kesayangan mereka yang hilang.
b)
Pengesahan pemilik haiwan kesayangan melalui microchip yang ditanam
dibawah kulit haiwan.
c)
Maklumat penting kesihatan haiwan kesayangan berada dalam satu
buku sahaja (Pet Passport).
d)
Mudah mengawal penyakit sekiranya berlaku wabak.
TUJUAN PET PASSPORT?
ü
Memberi tanda pengenalan pada haiwan kesayangan.
ü
Membangunkan sistem pengkalan data haiwan kesayangan kebangsaan
ü
Memperbaiki day jejak haiwan kesayangan..
ü
Meningkatkan pemilik haiwan kesayangan
