Seksyen Kesihatan Veterinar merupakan salah satu daripada cabang perkhidmatan yang
diberikan oleh Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Muar. Pelbagai aktiviti
yang dijalankan seperti.
1)
Rawatan kepada haiwan ternakan atau haiwan kesayangan.
2)
Membuat saringan
penyakit bagi mengesan status kesihatan ternakan.
3) Memberikan khidmat
runding cara berkaitan kesihatan haiwan ternakan dan haiwan kesayangan.
4)
Mengeluarkan
PERMIT berdasarkan permohonan
RAWATAN KEPADA HAIWAN DILAPANGAN
Perkhidmatan rawatan kepada haiwan ternakan kian mendapat sambutan.
Peningkatan ini dipacu oleh kesedaran orang ramai dan pengusaha berkaitan
kepentingan mempunyai ternakan yang sihat dan bebas penyakit. Bagi pengusaha
ternakan dengan mempunyai ternakan dan sihat ianya akan mengurangkan risiko
kematian ternakan serta mengurangkan kos-kos ubatan yang diperlukan. Ianya juga
dapat menghasilkan ternakan yang mempunyai score body yang tinggi seterusnya
menjana keuntungan yang lebih berbanding dengan ternakan yang kurus dan
berpenyakit.
PUSAT RAWATAN HAIWAN BERJADUAL
Bagi perkhidmatan rawatan haiwan di Pusat Rawatan Haiwan Berjadual pula
lebih tertumpu kepada haiwan kesayangan. Berikutan dengan keperihatinan dan
peningkatan kesedaran orang ramai dan pemilik haiwan terhadap haiwan kesayangan
mereka menyebabkan Pusat Rawatan di Daerah kian mendapat permintaan tinggi.
Dengan kadar caj yang dikenakan amat berpatutan disamping khidmat nasihat
terhadap penjagaan kesihatan haiwan kesayangan mereka menyebabkan ianya sering
mendapat sambutan ramai.
PROGRAM SARINGAN PENYAKIT TERNAKAN
Progran saringan penyakit ternakan amat diperlukan dan dimestikan dalam
prosuder pemindahan ternakan sekarang. Program ini adalah perlu dijalankan
terhadap ternakan bagi memastikan status ternakan yang dipelihara adalah bebas
daripada sebarang penyakit berjangkit terutama yang boleh berjangkit kepada
orang ramai. Dengan adanya pengesahan sah status penyakit ternakan tersebut,
maka ini akan menambah kepercayaan pembeli ternakan bahawa ternakan yang dibeli
rendah risiko dan bagi orang ramai punya amat penting bagi memastikan produk
hasilan ternakan yang dimakan bebas daripada penyakit berjangkit
SURVELAN DI LADANG TERNAKAN
Survelan dan pemantaun terhadap ladang-ladang terutama ladang yang
sering mempunyai status penyakit yang tinggi dan kerap. Pemantauan ini
dilakukan dengan cara berkala bagi memastikan ladang-ladang ternakan berada di
daerah Muar bebas penyakit dan seterusnya memastikan produk hasilan ternakan
selamat untuk dimakan.
KHIDMAT RUNDING CARA
Dalam menjalankan pemantaun dan aktiviti diladang, seksyen kesihatan
ternakan juga memberi khidmat runding cara kepada penternak sama secara
langsung di ladang atau mereka hadir ke pejabat bagi menyatakan masalah mereka.
Khidmat nasihat yang diberi seperti penjagaan kesihatan ternakan, perkara
berkaitan kawalan penyakit berjangkit, program yang perlu dijalankan bagi
mengesan status tahap kesihatan ternakan yang dipelihara, cara pemantauan
kesihatan dengan cara yang betul dan pelbagai lagi khidmat runding cara yang
diberikan agar industri ternakan akan terus berkembang maju.
Permit
Survelan dan pemantaun terhadap ladang-ladang terutama ladang yang
sering mempunyai status penyakit yang tinggi dan kerap. Pemantauan ini
dilakukan dengan cara berkala bagi memastikan ladang-ladang ternakan berada di
daerah Muar bebas penyakit dan seterusnya memastikan produk hasilan ternakan
selamat untuk dimakan.