Monday 31 May 2021

 APA ITU NOTIS PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN.


Notis Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah satu arahan yang kerajaan yang menghadkan pergerakkan individu bagi tujuan mencegah penyakit berjangkit. Arahan tersebut telah dikeluarkan oleh YAB Perdana Menteri bermula pada 17 Mac  2020. Arahan ini berkuatkuasa pada 18 Mac 2020 hingga 30 Mac 2020 dan disambung sehingga 14 April 2020. Bermula 15 April 2020 PKP telah memasuki Fasa ke 3 dan kini masuk ke fasa pemulihan seterusnya iaitu PKPP serta berlanjutan sehingga sekarang. Arahan ini memperuntukan pematuhan dan pengawasan yang lebih ke arah pemulihan. Perintah ini dikeluarkan bagi membolehkan aktiviti orang awam di luar rumah dapat dikurangkan serta mengurangkan sentuhan antara satu sama lain sekaligus memutuskan rantaian penyebaran COVID-19 secara amnya. Kini Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan (PKPP) telah memasuki fasa di mana kelonggaran diberikan dalam sektor tertentu berpandukan SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

ARAHAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKKAN (PKP) 3.0
Pengumuman terkini berkaitan arahan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) yang bermula
1 hingga 14 Jun 2021 memperuntukkan aktiviti operasi yang dibenarkan kepada beberapa sektor yang berkempentingan kepada orang awam. Ia termasuklah sektor pertanian bagi menjamin bekalan makanan kepada orang awam berterusan. Sehubungan itu, Perkhidmatan yang diberikan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar perlu mengikuti garis panduan yang diberikan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN). Orang awam yang ingin berurusan dengan Pejabat digalakkan menghubungi pejabat di talian 06-9521058 bagi mengelakkan kesesakan dan mengurangkan pertemuan secara bersemuka. Berikut adalah jenis perkhidmatan terhad pejabat dalam waktu Perintah Kawalan pergerakkan (PKP) bermula 1 hingga 14 Jun 2021

PERKHIDMATAN TERHAD
Bagi tujuan  tersebut Pejabat Perkhidmatan Daerah Muar telah menghadkan aktiviti perkhidmatan dan hanya terpakai dalam perkara melibatkan kepentingan orang ramai seperti berikut;
1.
Permohoan PERMIT permindahan;

1.1
Permohonan bagi tujuan penyembelihan dan pemindahan dibenarkan
2.
Permohonan surat sokongan kelonggaran pergerakkan;

2.1
Melibatkan aktiviti berkepentingan dalam ternakan dan makanan ternakan sahaja.

2.2
Pemohon hendaklah telah berdaftar dengan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Muar.
3.
Survelan yang dijalan adalah;

3.1
Aktiviti terlibat dengan kawalan ATAU pengesahan penyakit ATAU wabak sahaja

3.2
Berkaitan dengan kes-kes kecemasan sahaja
4.
Perkhidmatan kes di pusat rawatan haiwan

4.1
Hanya kes-kes ringan yang tidak melibatkan pembedahan besar. (sila rujuk disini -> http://pvdmuar.blogspot.com/2019/04/pusat-rawatan-haiwan-berjadual.html

4.2
Pemilik dan haiwan dikehendaki telah menjalankan pemeriksaan di pintu masuk pejabat.
5.
Penerimaan susu di Pusat penerimaan susu Pusat Pengumpulan Industri Tenusu (PPIT) bagi sekitar daerah Muar


WAKTU OPERASI DAN AKTIVITI PEJABAT TERHAD

Waktu perkhidmatan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Muar akan dibuka pada tarikh meliputi aktiviti berkut seperti berikut;

 WAKTU PERKHIDMATAN PEJABAT PERKHIDMATAN VETERINAR DAERAH MUAR SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKKAN  PEMULIHAN (PKPP) 
1 JUN 2021 HINGGA 14 JUN 2021

PERKHIDMATAN OPERASI PEJABAT PERKHIDMATAN DAERAH MUAR 
akan dibuka PADA SETIAP HARI bermula pukul 
8.00 PAGI hingga 5.00 PETANG.

OPERASI PUSAT RAWATAN HAIWAN BERJADUAL
akan dibuka pada hari AHAD SAHAJA bermula pukul 
9.00 PAGI hingga 12.00 PETANG
Pelanggan yang ingin mendapatkan rawatan perlu hubungi pejabat 
di talian 06-9521058 untuk mendapatkan slot waktu temujanji. 

OPERASI PUSAT PENGUMPULAN INDUSTRI TENUSU (PPIT) 
Daerah Muar pula akan dibuka setiap hari bermula 
JAM 8.30 PAGI HINGGA 10.00 PAGI SAHAJA. 

Bagi mereka yang terlibat dengan penghantaran produk tenusu hendaklah 
mengikuti waktu yang diberikan.


SEBARANG PERTANYAAN DAN MAKLUMBALAS 
BOLEH HUBUNGI KAMI DITALIAN 
06-521058 ATAU FAKS KEPADA KAMI DI NO. : 06-9530166
ATAU EMEL TERUS KE: pvdmuar@johor.gov.my

ORANG RAMAI YANG HENDAK BERURUSAN DENGAN PEJABAT KAMI HENDAKLAH MENGAMBIL LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN PENULARAN WABAK COVID-19 DENGAN MENGGUNAKAN SANITIZER YANG DIBEKALKAN DIKAUNTER, MEMAKAI PENUTUP HIDUNG, MENGAMBIL SUHU SERTA MENCATATKAN BUTIRAN NAMA DAN NO. TELEPON UNTUK DIHUBUNGI

Segala komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan amatlah kami hargai.

TH. HJ. BORHAN BIN ALIAS
Pegawai Perkhidmatan Veterinar
Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Muar


Sebarang maklumat yang dipamerkan merupakan Hak Cipta Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Muar. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab diatas sebrarang masalah yang timbul daripada tindakan oleh pihak kedua. Anda dinasihati untuk merujuk terus kepada kami untuk maklumat tambahan atau boleh terus hubungi kami ditalian 06-9521058 atau email kami di pvdmuar@johor.gov.my