Wednesday, 9 June 2021

 


SYARAT PELAKSANAAN IBADAH QURBAN DALAM TEMPOH PKP 3.0 

 

 

1

Merujuk kepada Pekeliling Bil. 34 Tahun 2021, Jabatan Agama Islam negeri Johor (Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau) Kawasan masjid dan surau adalah tidak dibenarkan bagi aktiviti ibadah qurban sama ada menyembelih, melapah, memotong, menimbang dan agihan.

 

 

2

Aktiviti penyembelihan hanya dibenarkan di Rumah Sembelihan Sementara yang mendapat kebenaran atau Rumah Penyembelihan Ruminan Swasta berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veteriner Negeri Johor. (Sila semak senarai rumah sembelih sebagaimana lampiran dibawah).


 

3

Kerja melapah, memotong, menimbang dan membungkus hanya dilaksanakan di kawasan Pusat Sembelihan Berdaftar dengan jarak SOP yang dibenarkan.


 

4

Agihan dilaksanakan terus oleh pihak penganjur kepada peserta dan asnaf fakir miskin selepas selesai kerja ibadah qurban di Pusat sembelihan.


    Segala permohonan pusat sembelihan pada tahun 2021 telah ditutup sepenuhnya.    
   Mereka yang  berminat boleh memohon kebenaran rumah sembelih pada tahun 
   2022


Sebarang maklumat yang dipamerkan merupakan Hak Cipta Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Muar. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab diatas sebrarang masalah yang timbul daripada tindakan oleh pihak kedua. Anda dinasihati untuk merujuk terus kepada kami untuk maklumat tambahan atau boleh terus hubungi kami ditalian 06-9521058 atau email kami di pvdmuar@johor.gov.my