Aduan awam merupakan sebahagain daripada
aktiviti Seksyen Regulatori, Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Muar. Ia
merangkumi aduan beberapa aduan berkaitan seperti;
1. Pencemaran berpunca
daripada aktiviti ternakan,
2. Gangguan haiwan liar.
(haiwan yang bukan bidang kuasa perhilitan).
3. Pencemaran bau hasil
daripada penternakan unggas.
4. Aduan berkaitan
masalah kesihatan ternakan
Kesemua aduan yang diterima ini hendaklah bukan
di dalam kawasan PBT ATAU Jabatan Perhilitan
Pegawai Regulatori mengambil Maklumat berkaitan Aduan |
Terdapat 5 cara aduan diterima oleh Seksyen
Regulatori, Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Muar ialah seperti;
1. Menghantar surat ke
Pejabat
2. Menghantar surat
tidak rasmi ke pejabat
3. Melalui maklumat yang
diperoleh oleh multimedia
4. Saluran Telepon
5. ATAU hadir sendiri
secara terus ke Pejabat
Setiap aduan yang diterima akan diambil tindakan segera dan akan didaftar serta diberikan kepada bahagian yang berkaitan untuk tindakan segera. Setiap adaun yang diterima akan disiasat dalam masa 24 jam waktu bekerja daripada tempat masa aduan diterima. Setiap aduan awam yang diterima diketegori dalam dua (2) bahagian iaitu ;
1. Aduan yang berpunca daripada kacau ganggu aktiviti ternakan.
2. Aduan berpunca daripada gangguan haiwan liar yang tidak terkawal
sehingga mengganggu ketenteraman awam.
Setiap Aduan
yang diterima hendaklah diisikan dalam borang aduan dan
ditandatangan oleh
pengadu bagi tujuan rekod. Kecepatan proses penyelesaian bergantung dengan
kerjasama pengadu dan pihak yang diadu. Bagi Tahun 2018 mendapat kadar penurun
jumlah aduan yang diberikan oleh orang awam . Ini didorang oleh faktor
kekerapan pemeriksaan dan pemantauan yang dijalankan oleh pihak Pejabat Perkhidmatan
Veterinar Daerah Muar dan juga tindakan yang telah dijalankan oleh Bahagian
Penguatkuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor. Ladang yang
dikenalpasti bermasalah akan dipantau secara berterusan bagi memastikan
keakuran terhadap peraturan. Bagi ladang yang sering menghadapi masalah
terutama berkaitan dengan isu pencemaran, khidmat rundingcara akan diberikan
pengusaha ladang agar masalah tersebut dapat diselesaikan dengan cara
berkhemat.
![]() |
Borang yang digunakan untuk menyatakan aduan |