Kita
sering mendengar berkaitan aktiviti atau isu berkaitan kezaliman atau
dikenali sebagai penganiayaan terhadap haiwan. Tahukah anda apa itu
'Kezaliman Dan Penganiayaan Terhadap Haiwan'. ia bermaksud apa-apa sahaja
yang melibatkan pengabaian kebajikan haiwan dan penganiayaan terhadap haiwan.
Pada mereka yang melakukan kesalahan tersebut boleh disabitkan dibawah AKTA KEBAJIKAN HAIWAN 2015 [AKTA 772] dibawah
Seksyen 24 dimana mana pihak atau tuan punya/pemiilik haiwan
hendaklah bertanggungjawab dalam memenuhi keperluan haiwan seperti :
|
|
1
|
Memberikan persekitaran yang sesuai
|
2
|
Memberikan keperluan diet yang sesui untuk haiwan
|
3
|
Memberikan perlindungan yang
sesuai daripada kesakitan, penderitaan kecederaan dan penyakit.
|
4
|
Membenarkan mempamerkan
corak kelakukan semula jadi kepada haiwan.
|
Tafsiran Binatang
'Binatang" atau
haiwan adalah sebarang makluk hidup selain manusia termasuklah binatang reptelia
seperti burung, ikan, serangga sama jinak atau liar.
Antara kesalahan perbuatan yang dilakukan menyebabkan penganiayaan
berlaku seperti;
|
|
1
|
Menyepak, memukul, melebihkan muatan, mendera atau menakut-Nakutkan.
|
2
|
Terlebih naik ATAU tunggang sehingga membebankan (kecuali bagi
tujuan sukan ekustrian).
|
3
|
Tidak memberi makan atau minum kepada haiwan yang dipelihara.
|
4
|
Menyimpan haiwan yang sakit tanpa alasan atau sebab
|
5
|
Memasang dinamit atau bahan letupam untuk mencederakan haiwan
|
6
|
Tidak memberikan rawatan yang diperlukan kepada haiwan yang sakit di
klinik swasta ATAU kerajaan.
|
7
|
Tidak memberikan rawatan yang diperlukan kepada haiwan yang sakit di
klinik swasta ATAU kerajaan.
|
8
|
Pertandingan menembak haiwan yang dilepaskan daripada kurungan.
Menyebabkan kesakitan sehingga mencacatkan haiwan dengan sengaja.
|
9
|
Menyediakan pengangkutan yang tidak selesa menyebabkan penderitaan
kepada haiwan.
|
10
|
Membiarkan atau membenarkan haiwan yang sakit keluar tanpa pengawasan.
|
11
|
Menjalankan pelagaan haiwan (membantu, menyimpan, mengurus,
membenarkan serta menerima wang taruhan hasil daripada aktiviti tersebut).
Mengelektrikan ATAU membubuh racun ke dalam sungai bagi maksud
membunuh haiwan
|
12
|
Membiarkan haiwan dirantai dengan tali pendek ATAU memincang kaki
haiwan
|
13
|
Mengurung haiwan dalam sangkar yang kecil sehingga tiada pergerakkan
ATAU tidak menyediakan kemudahan sangkar yang sepatutnya.
|
14
|
Membuat tawaran ATAU jualan haiwan yang sakit. Membiarkan haiwan mati
disebabkan penyakit dimerata-rata tempat.
|
15
|
Membakar anak-anak ayam dengan sengaja apabila harga ayam merosot.
![]() ![]() |
Talian H/P/ : 019-2242233
ATAU
Emel kami :
pro@dvs.gov.my ATAU
Aduan
: aduanpvdmuar@johor.gov.my
lawati Web : www.dvs.gov.my
|
|
Thursday, 11 April 2019
by http://pvdmuar.blogspot.com/ on 02:10
http://pvdmuar.blogspot.com/
Sebarang maklumat yang dipamerkan merupakan Hak Cipta Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Muar. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab diatas sebrarang masalah yang timbul daripada tindakan oleh pihak kedua. Anda dinasihati untuk merujuk terus kepada kami untuk maklumat tambahan atau boleh terus hubungi kami ditalian 06-9521058 atau email kami di pvdmuar@johor.gov.my