Sunday 29 March 2020


APA ITU PENGEMBANGAN VETERINAR
Pengembangan veterinar merupakan proses bimbingan berterusan yang diberikan kepada pelanggan yang berpotensi dan didaftarkan serta disediakan melalui pegawai pembimbing yang ditetapkan. Pengembangan veterinar menggabungkan disiplin kesihatan gerompok dan biosekuriti, amalan perladangan yang baik, pengurusan jaminan kualiti, ekonomi Iadang disamping penggunaan teknologi maklumat. Bimbingan yang dijalankan secara inovatif dan kreatif bagi mengembangkan pengurusan dan teknologi sesuatu bidangusaha dengan sokongan penyelidikan serta kumpulan pegawai sumber, pakar dan pakar perunding.
Dalam konsep pengembangan veterinar terdapat beberapa perkara asas yang menjadi tunjang utama dalam melaksanakan Program Pengembangan Veterinar dan antara adalah;

1)  Fail Pelanggan
9)   Pegawai Sumber
2)   Kempen Kesedaran Awam
10) Pakar Perunding
3)   Khidmat Nasihat
11) Pelanggan Rujukan
4)   Lawatan Terancang Dan Berjadual
12) Parameter Teknikal
5) Mesyuarat Pembukaan
13) Sidang Usaha
6) Mesyuarat Penutup/Akhir Lawatan
14) Temujanji
7) Perundingan
15) Tanda Aras
8) Pegawai Pembimbing


1.    Fail Pelanggan
Fail yang mengandungi semua maklumat pelanggan serta bidangusahanya yang disimpan oIeh Pegawai Pembimbing sebagai rujukan untuk khidmat runding cara dan perundingan. Pegawai pembimbing hendaklah merekod setiap perkembangan pelanggan dalam helaian kes serta difailkan untuk rujukan dan kajian.

2.    Kempen Kesedaran Awam
Proses memberi penerangan kepada orang awam mengenai sesuatu perkara di dalam skop tanggungjawab Jabatan yang mempunyal kepentngan awam.

3.    Khidmat Nasihat
Proses memberi maklumat, panduan dan nasihat mengenai sesuatu perkara bagi tujuan melancarkan perkhidmatan atau pelaksanaan selaras dengan piawai yang Ielah ditetapkan.

       4.      Lawatan Terancang Berjadual.
Lawalan Terancang Berjadual melibatkan penetapan jadual dan temujanji dengan pelanggan yang melibatkan skop perkhidmatan seperti berikut: Kesihatan gerompok dan biosekuriti Amalan Perladangan Baik Program jaminan kualiti Ekonomi Iadang Pengurusan maklumat.

5.    Mesyuarat Pembukaan
Mesyuarat pada awal Iawatan bagi memaklumkan skop, objektif dan agenda atau aturcara lawatan. APTVM Khidmat Nasihat Pelanggan dan Pengembangan Veterinar [APTVM 21(b):1/2010]

6.    Mesyuarat Penutup dan Mesyuarat pada akhir Iawatan
Mesyuyarat ini dilakukan bagi memaklumkan penemuan sepanjang lawatan, membuat ringkasan dan Iaporan berkaitan.

7.    Perundingan
Proses kajian yang menyeluruh meliputi pelbagai aspek operasi atau sesuatu cadangan dengan tujuan menyediakan Iaporan perundingan kepada pelanggan untuk pertimbangan mereka.

8.    Pegawai Pembimbing
Pegawai yang diberikan tugas untuk membimbing sesuatu pelanggan yang ditetapkan.

9.    Pegawai Sumber
Pegawai yang mempunyai pengalaman dalam sesuatu bidang berkaitan dan mampu memberi perkhidmatan runding cara. Pakar Pegawai yang telah dilatih dan diiktiraf oleh Jabatan atau badan profesional sebagai pakar dalam suatu bidang dan akan menyediakan Iaporan perundingan atau runding cara mengikut khidmat yang diberikan.

10. Pakar Runding
Pakar yang memiliki kelayakan khusus dalam sesuatu bidang yang diiktiraf oleh Jabalan dan badan profesional sebagai pakar runding atau memiliki pengalaman yang luas dalam suatu kepakaran serta menjadi penyelaras ulama disiplin berkenaan. Pakar runding akan menyelaras penyediaan Iaporan perundingan kepada pelanggan.

11. Pelanggan Rujukan
Pelanggan berprestasi tinggi yang melebihi tanda aras dijadikan rujukan kepada pesertapeserta lain.

12. Parameter Teknikal
Parameter prestasi penyakit, pengeluaran, ekonomi yang dikumpul secara berkala dari semua pelanggan dan dianalisa secara statistik. APTVM Khidmat Nasihat Pelanggan dan Pengembangan Veterinar [APTVM 21(b):1/2010] 6 5.15 Runding Cara Proses analisa, penilaian dan auditan yang dijalankan oleh pegawai sumber dan pakar bagi tujuan mengenalpasti ketidakakuran, masalah dan potensi sesuatu bidang usaha setelah melalui proses mengemukakan syor untuk pertimbangan dan pelaksanaan pelanggan.

13. Sidang Pengusaha
Satu perjumpaan dikalangan pelanggan dalam bidang yang sama yang diatur sekurangkurangnya setahun sekali.

14. Temujanji
Tugasan yang perlu dibuat dengan meletakkan tarikh pertemuan diantara pegawai dan pelanggan yang telah dipersetujui dan tidak boleh dimungkiri.

15.  Tanda Aras
    Takat prestasi yang menjadi tanda pengukur Iazimnya ditahap 5% tertinggi.

Perkara ini penting bagi menjadikan hasil penternak yang berjaya dan kendiri serta mampu memberikan manfaat kepada orang disekelilingnya.

(sumber rujukan: APTVM Khidmat Nasihat Pelanggan dan Pengembangan Veterinar)


Sebarang maklumat yang dipamerkan merupakan Hak Cipta Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Muar. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab diatas sebrarang masalah yang timbul daripada tindakan oleh pihak kedua. Anda dinasihati untuk merujuk terus kepada kami untuk maklumat tambahan atau boleh terus hubungi kami ditalian 06-9521058 atau email kami di pvdmuar@johor.gov.my