Tahukah anda apa itu usahawan belia.?
Usahawan belia
ialah satu bentuk aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh golongan belia sama
ada kecil-kecilan atau pun yang berskala besar. Golongan belia yang terlibat
adalah berumur diantara 18 tahun hingga 40 tahun. Berdasarkan statistik negara
sumbangan belia dalam sektor perniagaan semakin meningkat sejajar dengan arus
perkembangan teknologi semasa yang semakim meluas.
Justeru itu, jabatan melibat pembabitan para belia terutama dari sektor ternakan
mampu dipertingkatkan dengan menambah baik beberapa perkara seperti memantapkan
kemahiran sedia ada ‘upgrade and improve skill’
dengan menganjurkan kursus dan seminar, memberikan insentif-insentif tambahan bagi
meningkatkan dan merancakkan aktiviti perniagaan dan usahawan sedia ada, memberikan
khidmat runding cara kepada usahawan baru atau sedia ada, menyediakan platform-platform bagi
memperluaskan jaringan perkhidmatan dan produk mereka serta pelbagai lagi
bentuk inisitif yang diambil selaras matlamat jabatan menjadikan belia sebagai
tonggak kemajuan sektor ternakan di masa akan datang.
Dalam perancangan
ekonomi 2021-2022 sebahagian besar
peruntukkan disasarkan kepada golongan belia dengan penambahbaikkan dari segi penyampaian perkhidmatan dan meningkatkan penghasilan produk hiliran (IATn) serta memantu memastikan usahawan ternak ini lebih berdaya saing dan mampu bertahan lama. Ini merangkumi produk yang
berasaskan ternakan seperti makanan, peralatan dan juga cenderamata. Usahawan
belia digalakkan menceburi bidang yang menguntung ini dengan mendaftar di
Pejabat Perkhidmatan Veterinar yang terdekat agar status mereka diketahui dan
usaha meraka mendapat perhatian. Oleh demikian, seharusnya golongan usahawan tidak melepaskan peluang ini dan
jadilah sebahagian daripada penyumbang ‘bank makanan negara’ anda.
‘Penternakan Adalah Suatu Industri’
TN. HJ. AHMAD AZAM BIN YAMEN
Pegawai Perkhidmatan Veterinar Daerah Muar
'NOTE' : Borang pendaftaran belia ternak boleh di download di ruangan yang disediakan di sebelah