Terdapat 5 perkara asas yang perlu
anda tahu bagi menghadapi musim banjir
i. Pastikan jumlah populasi keseluruhan ternakan anda (jika
berekod adalah lebih baik)
ii. Memastikan kawasan tinggi yang bersesuaian untuk
penempatan ternakan
iii. Memastikan sumber makanan ternakan mencukupi bagi tempoh
sekurang-kurangnya 3 hari.
iv. Kesediaan bekalan kesihatan bagi hal-hal kecemasan semasa
dan selepas banjir berlaku.
v. Sumber sokongan ternakan seperti tenaga buruh dan
peralatan dan kenderaan.
PASTIKAN JUMLAH POPULASI KESELURUHAN TERNAKAN ANDA (JIKA
BEREKOD ADALAH LEBIH BAIK)
Penternak perlu sentiasa peka dan mengetahui jumlah populasi semasa ternakan mereka. Ini bagi membolehkan pelbagai aktiviti dijalan dengan berkesan terutama dalam menghitung kadar prestasi kelahiran serta keperluan menjalankan aktiviti kesihatan ternakan. Ia juga membantu mengira margin kasar ternakan dan keperluan lain terdapat dalam menghadapi musim banjir. Penternak di sama kini perlu tahu maklumat ramalan kaji cuaca bagi membantu mereka menghadapi musim banjir. Jumlah populasi ini dapat membantu jumlah keperluan ternakan semasa musim banjir dari segi keperluan. makanan, tenaga buruh, keluasan kawasan penempatan sementara, alatan yang diperlukan dan juga kit kesihatan.
MEMASTIKAN KAWASAN TINGGI YANG BERSESUAIAN UNTUK
PENEMPATAN TERNAKAN
MEMASTIKAN SUMBER MAKANAN TERNAKAN MENCUKUPI BAGI TEMPOH
SEKURANG-KURANGNYA 3 HARI.
Pengusaha ternakanan perlu memastikan sumber bekalan bagi jumlah ternakan mencukupi sekurang-kurangnya bagi tempoh 3 hari. Sumber ini dapat disediakan dengan menjalinkan kerjasama diantara pengusaha ternakan lain, TKPM sedia ada dan juga pengedar. Simpanan silaj juga amatlah digalakkan terutama musim banjir kerana kekurang kawasan ragutan yang ketara.
KESEDIAAN BEKALAN KESIHATAN BAGI HAL-HAL KECEMASAN SEMASA DAN SELEPAS BANJIR BERLAKU.
SUMBER SOKONGAN TERNAKAN SEPERTI TENAGA BURUH DAN
PERALATAN DAN KENDERAAN.
Antara perkara utama yang dititik beratkan adalah tenaga buruh dan kenderaan yang diperlukan dalam pemindahan ternakan dan mengangkut bekalan makanan ke lokasi penempatan ternakan. Pengusaha perlu memastikan dari masa ke semasa buruh yang tersedia dan kenderaan yang terlibat dalam waktu kecemasan nanti sentiasa diselenggara dan boleh digunakan. Ini kerana dalam hal kecemasan seperti banjir berlaku dengan cepat dan memerlukan tindakan drastik agar ternakan tidak terkorban dan kemalangan dapat dielakkan.
Untuk maklumat ramalan
kaji cuaca Jan- Jun 2021 boleh klik https://www.met.gov.my/iklim/ramalanbermusim/tinjauancuacajangkapanjang
Sumber: |
Seksyen Pembangunan Industri Ternakan |
Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Muar |