Program Bantuan Ternakan Ruminan PBT(R) adalah program yang menggantikan Program Penternakan Rakyat Ruminan PPR(R). Menerusi program ini, kerajaan menggalakkan aktiviti pembiakan ternakan ruminan dalam usaha untuk meningkatkan populasi ternakan ruminan bagi penghasilan daging segar tempatan untuk menapung keperluan penduduk Negeri Johor.
OBJEKTIF
i) Menggalakkan penambahan populasi ternakan ruminan
ii) Menggalakkan pengusaha komited dan bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam bidang usaha penternakan
iii) Meningkatkan kualiti genetik penternak
SKOP BANTUAN YANG DIPERLUKAN
Bantuan yang diberikan adalah ternakan lembu hidup (lembu, kerbau, kambing dan bebiri) yang diberikan kepada pengusaha yang lain melalui grant yang diberikan.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH : 11 MAC 2024