Sukacita dimaklumkan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor menganjurkan Kursus Keusahawanan Digital sebanyak 5 siri. Kursus ini dipecahkan lcepada 4 zon iaitu Zon Utara, Zon Timur, Zon Tengah Can Zon Selatan. Sehubungan itu, kursus ini dibuka kepada mereka yang menceburi bidang penternakan dan usahawan yang berpotensi untuk dicalonkan sebagai peserta kursus. Kursus ini dianjurkan bertujuan untuk memantapkan dan meningkatkan ilmu pengetahuan penternak berkaitan teknologi digital yang dapat membantu memperkembangkan pasaran produk dan juga sumber-sumber maklumat sedia ada selaras dengan perkembangan teknologi semasa.
Untuk makluman awam tarikh bagi kursus mengikut zon dan tentatif program dari pihak kami sebagaimana di lampiran berkembar dan ineinajukan nama peserta sebelum atau selewat-lewatnya pada 03 Feb 2022 (KHAMIS). Untuk sebarang pertanyaan, tuan boleh menghubungi En. Zamari Bin Mohd Amin di talian 011-64977067 atau En Mohamad Fairuz Bin Ismail di talian 0126332301 .
Kursus Keusahawanan Digital Untuk Pembangunan dan Kemajuan Penternak
Siri 1/2022 Zon Utara (Muar)
Tarikh kursus dijangka: 8 – 10 Februari 2022
Syarat Utama:
1) Berminat dalam mempelajari digital dan multimedia
2) Menjalankan aktiviti penternakan/usahawan ternak
3) Menternak didalam Daerah Muar
Bayaran: Percuma
*Jika berminat sila berhubung dengan unit latihan PVD Muar di no. telepon 06-9521058 atau boleh hubungi terus di nombor yang tertera diatas.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN KURSUS: 03 FEBRUARI 2022
BORANG BOLEH DIMUAT TURUN DI RUANGAN HADAPAN BAHAGIAN PERMOHONAN KURSUS DAN SEMINAR SERTA HANTARKAN KE KAUNTER PEJABAT PERKHIDMATAN VETERINAR TERDEKAT
ATAU SILA BERIKAN MAKLUMAT BERIKUT KEPADA KAMI
Pemohon yang berminat sila isi maklumat:
Nama:
Alamat Surat – Menyurat:
Alamat Menternak:
Bidang Usaha:
Tempoh Projek Dijalankan:
Emel:
No. Telefon: