APA ITU BELIA TERNAK
Belia ternak merupukan penternakan yang dijalan oleh golongan belia yang berumur diatara 18 tahun hingga 40 tahun. Ianya bukan hanya melibatkan bidang menternak sahaja, namun ianya melibatkan aktiviti yang berkaitan dengan produk sumber berasaskan ternakan sebagi contoh aktiviti Industri Asas ternakn (IAT) seperti satey, buger daging, serbuk goreng ayam dan juga beberapa lagi produk
SKIM BANTUAN BELIA TERNAK
Skim ini diwujudkan bagi membantu serta menggalakkan penternak terutama golongan muda menceburi bidang ternakan. Peruntukkan ini adalah dari cadangan asal kerajaan melalui program E-Penjana. Melalui insentif yang diberikan ianya dapat membantu meringankan beban rakyat terutama golongan belia dalam meningkatkan hasil daripada aktiviti serta meningkatkan keupayaan sistem pengurusan ternakan ke arah lebih baik.
BANTUAN YANG DITAWARAN
Antara bantuan yang ditawarkan adalah dalam bentuk insentif di mana, pemohon hendaklah seorang belia atau beliawanis, mempunyai pengalaman dan telah menjalankan aktiviti dalam bidang ternakan atau sumber ternakan melebihi satu (1) tahun. Bantuan yang ditawarkan adalah seperti.
PEMBERIAN GERAK BERSASAR
1. Pasung mudah alih
2. Pam air
3. Tangki air
4. Pagar elektrik untuk lembu @ tiang batu / tiang besi
5. Niple minuman
6. Travis
PENJENAMAAN PRODUK
1. Promosi Produk
2. Bahan Pembukusan
3. penjenamaan produk
PENGGUNAAN TEKNOLOGI
1. Mesin perincih
2. Mesin Pemerah susu
3. Alat Pengekang (Head Crusher)
4. Mesin pembancuh makanan
5. Alat penimbang mudah alih/ base paltform
PEROLEHAN PERLATAN PREMIS
1. Mesin pengisar
2. Masin marinate
KAWALAN BIOSEKURITI
1. Pagar cyclone
2. Bahan binaan vehicle Dip
PAKEJ BANTUAN KESELAMATAN MAKANAN
1. Peti sejuk beku
2. Mesin retort
3. Mesin Seal
4. Mesin vacum pack
5. Analisis makanan
6. Meja stainless steel
Golongan belia amatlah digalakkan untuk merebut tawaran tersebut bagi membantu menambah nilai pendapatan. Belia yang berminat boleh muat turun borang di sini https://drive.google.com/file/d/1UtlZCykY0qtwUC7wV70AgJp6nLPy382h/view