Penternakan lembu menjadi salah keutamaan dalam industri penternakan sekarang. Dalam menjayakan industri tersebut secara holistik, keupayaan pengusaha ternakan dalam mengadaptasi sistem penternakan moden membolehkan mereka berdaya saing dengan industri yang ada. Kemunculan peralatan teknologi moden dalam membantu serta mengurangkan bebanan kerja serta memendekkan tempoh masa pemeliharaan dapat menghasilkan pulangan yang cepat. Ini menjadikan daya usaha titik pulang modal (TPM) menjadi lebih pendek dan lebih tinggi daripada sistem yang lama. Untuk kearah tersebut Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor sedar keperluan menyediakan bahan-bahan ilmiah berkaitan ternakan dan juga seminar atau kursus yang khususnya memberi penerangan dalam cara teknik perternakan yang baik dan lestari.
Pengusaha
ternakan juga digalakkan kerap melawat website pejabat perkhidmatan veterinar
muar bagi mendapatkan informasi terkini serta tidak terlepas peluang
mendapatkan tawaran-tawaran yang diberkan oleh pihak jabatan dalam membantu
meningkatkan prestasi dan hasil pengeluaran ladang dan juga pengilangan.
Tempat
adalah terhad untuk 10 orang pemohon sahaja yang berakhir pada 01 Ogos 2021. Untuk
mereka yang berminat untuk turut serta dalam kursus tersebut boleh hubungi En. Fairuz,
Unit Pembangunan Sumber Manusia, JPVNJ ditalian 012-6332301 untuk pendaftaran
permohonan.
UNIT
LATIHAN DAN USAHAWAN
Seksyen Pembangunan Industri Ternakan