Friday 9 July 2021

          Program Bantuan Belia Ternak merupakan salah satu inisiatif buget dibawah Kerajaan Negeri Johor yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor dibawah Program RJ5T yang bertujuan untuk menggalakkan dan membantu belia dan beliawanis dalam memperkembangkan serta memantapkan aktiviti ternakan atau pun berasaskan sumber daripada ternakan terutama pada mereka yang telah sedia ada menjalankan aktiviti tersebut.. Bantuan ini meliputi pembangunan industri ternakan ruminan dan bukan ruminan, ternakan ternusu dan produk berasaskan tenusu, produk-produk industri hiliran yang mendatangkan nilai tambah dan pelbagai lagi jenis bantuan. Antara imput bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk peralatan bagi tujuan pemprosesan dan membantu aktiviti ternakan, kajian nutrisi makanan, bahan binaan, bekalan ternakan, dan lain-lain bantuan yang diberikan.

         Pemohon yang layak adalah dikalangan belia dan beliawanis yang berumur diantara 18 tahun hingga 40 tahun pada tarikh permohonan. Ini merupakan Fasa 3 program ini dibuka bagi memperluaskan bantuan ini kepada golongan belia yang berminat menambahkan pendapatan dan menggalakkan belia menceburi bidang ternakan dan berasaskan ternakan dengan lebih serius.

        Dengan adanya program seperti ini akan mewujudkan lebih usahawan yang baru dan berjaya dalam bidang ternakan dan menjadikan industri ternakan ini lebih maju dan mampan pada masa akan datang.

      Mereka yang berminat boleh muat turun (dowload) borang tersebut di sini https://drive.google.com/file/d/12C2ZTr9hknbm_blwxNmOFllB9HtKCdAe/view atau ruangan tertera pada website www.pvdmuar.blogspot.com dan hantarkan pada kami melalui emel atau hadir sendir ke pejabat selewat-lewatnya pada 12 Julai 2021.

Semoga urusan anda semua dipermudahkan

#PenternakanAdalahSuatuIndustri  




Sebarang maklumat yang dipamerkan merupakan Hak Cipta Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Muar. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab diatas sebrarang masalah yang timbul daripada tindakan oleh pihak kedua. Anda dinasihati untuk merujuk terus kepada kami untuk maklumat tambahan atau boleh terus hubungi kami ditalian 06-9521058 atau email kami di pvdmuar@johor.gov.my