Saturday 10 October 2020

[4 Oktober 2020] (Ahad)]-, Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM8,000 atau 3 bulan penjara jika gagal membayar kepada seorang lelaki berumur 67 tahun atas kesalahan dengan sengaja menyebabkan kesakitan terhadap seekor Kera (Macaca fascicularis) iaitu hidupan liar yang dilindungi di bawah Jadual Pertama Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].


Kesalahan telah dilakukan pada 1 April 2020 di sebuah premis di Pontian, Johor. Kesalahan yang dilakukan adalah di bawah Seksyen 86(1) (f) yang boleh dikenakan penalti tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM50,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya. Kes ini pernah menjadi viral dalam facebook apabila dilaporkan oleh 
Persatuan Haiwan Malaysia - Malaysia Animal Association
dan Jabatan Perhilitan telah menjalankan siasatan serta penahanan bagi kes ini pada april yang lalu: Klik untuk berita lanjut: https://www.utusan.com.my/.../didenda-rm8000-sembur-cat.../
 

 



Sebarang maklumat yang dipamerkan merupakan Hak Cipta Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Muar. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab diatas sebrarang masalah yang timbul daripada tindakan oleh pihak kedua. Anda dinasihati untuk merujuk terus kepada kami untuk maklumat tambahan atau boleh terus hubungi kami ditalian 06-9521058 atau email kami di pvdmuar@johor.gov.my