Thursday 11 April 2019


        Kita sering mendengar berkaitan aktiviti atau isu berkaitan kezaliman atau dikenali sebagai penganiayaan terhadap haiwan. Tahukah anda apa itu 'Kezaliman Dan Penganiayaan Terhadap Haiwan'. ia bermaksud apa-apa sahaja yang melibatkan pengabaian kebajikan haiwan dan penganiayaan terhadap haiwan. Pada mereka yang melakukan kesalahan tersebut boleh disabitkan dibawah AKTA KEBAJIKAN HAIWAN 2015 [AKTA 772] dibawah Seksyen 24 dimana mana pihak atau tuan punya/pemiilik haiwan hendaklah bertanggungjawab dalam memenuhi keperluan haiwan seperti :

1
Memberikan persekitaran yang sesuai
2
Memberikan keperluan diet yang sesui untuk haiwan
3
Memberikan perlindungan yang sesuai  daripada kesakitan, penderitaan kecederaan dan penyakit.
4
Membenarkan mempamerkan corak kelakukan semula jadi kepada haiwan.

Tafsiran Binatang
'Binatang" atau haiwan adalah sebarang makluk hidup selain manusia termasuklah binatang reptelia seperti burung, ikan, serangga sama jinak atau liar.




Antara kesalahan perbuatan yang dilakukan menyebabkan penganiayaan berlaku seperti;
1
Menyepak, memukul, melebihkan muatan, mendera atau menakut-Nakutkan.
2
Terlebih naik ATAU tunggang sehingga membebankan (kecuali bagi tujuan sukan ekustrian).
3
Tidak memberi makan atau minum kepada haiwan yang dipelihara.
4
Menyimpan haiwan yang sakit tanpa alasan atau sebab 
5
Memasang dinamit atau bahan letupam untuk mencederakan haiwan
6
Tidak memberikan rawatan yang diperlukan kepada haiwan yang sakit di klinik swasta ATAU kerajaan.
7
Tidak memberikan rawatan yang diperlukan kepada haiwan yang sakit di klinik swasta ATAU kerajaan.
8
Pertandingan menembak haiwan yang dilepaskan daripada kurungan. Menyebabkan kesakitan sehingga mencacatkan haiwan dengan sengaja.
9
Menyediakan pengangkutan yang tidak selesa menyebabkan penderitaan kepada haiwan.
10
Membiarkan atau membenarkan haiwan yang sakit keluar tanpa pengawasan.
11
Menjalankan pelagaan haiwan (membantu, menyimpan, mengurus, membenarkan serta menerima wang taruhan hasil daripada aktiviti tersebut).
Mengelektrikan ATAU membubuh racun ke dalam sungai bagi maksud membunuh haiwan
12
Membiarkan haiwan dirantai dengan tali pendek ATAU memincang kaki haiwan
13
Mengurung haiwan dalam sangkar yang kecil sehingga tiada pergerakkan ATAU tidak menyediakan kemudahan sangkar yang sepatutnya.
14
Membuat tawaran ATAU jualan haiwan yang sakit. Membiarkan haiwan mati disebabkan penyakit dimerata-rata tempat.
15
Membakar anak-anak ayam dengan sengaja apabila harga ayam merosot.
   

LAPORKAN KEPADA KAMI!
Talian H/P/ : 019-2242233 ATAU
Emel kami  : pro@dvs.gov.my ATAU
Aduan         : aduanpvdmuar@johor.gov.my
lawati Web : www.dvs.gov.my

   




Categories: , ,


Sebarang maklumat yang dipamerkan merupakan Hak Cipta Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Muar. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab diatas sebrarang masalah yang timbul daripada tindakan oleh pihak kedua. Anda dinasihati untuk merujuk terus kepada kami untuk maklumat tambahan atau boleh terus hubungi kami ditalian 06-9521058 atau email kami di pvdmuar@johor.gov.my