Sunday 7 April 2019

Kursus keselamatan Pejabat telah dianjurkan Unit Latihan, Sokongan Dan Sumber manusia,  Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor. Kursus ini
telah dijalankan di Pusat Latihan dan Teknologi Veterinar (PLTV) yang terletak di daerah Kluang  selama dua (2) hari pada 1hb hingga 2hb ogos 2018. Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 38 orang daripada seluruh Pejabat Perkhidmatan Veterinar daerah dan Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor.

Objektif kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada warga JPV Negeri Johor mengenai pengurusan keselamatan pejabat yang merangkumi keselamatan fizikal, dokumen, ICT dan peribadi. Pada hari pertama kursus, Encik Mohd Foudzli Bin AbdullahPengarah Negeri Johor telah menyampaikan ceramah bertajuk Pengurusan Keselamatan Pejabat dari perspektif ancaman keselamatan di pejabat kerajaan. Selain itu, beliau turut menyentuh mengenai Pengurusan Keselamatan Pejabat dari perspektif keselamatan fizikal.


Pada hari kedua penyampaian ceramah mengenai keselamatan dokuman oleh penceramah

yang lain. Melalui ceramah ini, para peserta didedahkan dengan pengurusan dokumen dari segi menerima, memproses, menyimpan, menghantar,menilai dan melupus dokumen tersebut. Proses pengelasan semula dan pengendalian Buku Daftar Rahsia Rasmi turut di ajar kepada para peserta.


Pada hari terakhir kursus, para peserta telah didedahkan dengan Pengurusan Keselamatan Pejabat dari perspektif keselamatan ICT dan keselamatan peribadi. Ia membantu para peserta untuk memahami dengan lebih mendalam cara untuk meningkatkan kualiti keselamatan peribadi selaras dengan undang-undang, pekeliling dan arahan kerajaan.



Di akhir kursus, para peserta turut diberikan kajian kes untuk meningkatkan pemahaman para peserta. Kursus ini tamat kira-kira jam 4.30 petang.



Sebarang maklumat yang dipamerkan merupakan Hak Cipta Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Muar. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab diatas sebrarang masalah yang timbul daripada tindakan oleh pihak kedua. Anda dinasihati untuk merujuk terus kepada kami untuk maklumat tambahan atau boleh terus hubungi kami ditalian 06-9521058 atau email kami di pvdmuar@johor.gov.my